Thursday, May 2, 2019

BERCUTI DI ACEH, KOTA SERAMBI MEKAH

Nama Aceh mula disebut-sebut sejak berlakunya peristiwa tsunami yang mengejutkan seluruh dunia. Peristiwa tsunami yang terjadi pada tahun 2004 itu telah meragut ratusan ribu nyawa penduduk di sekitar Aceh.

Aceh digelar sebagai kota Serambi Mekah kerana wilayah ini mempraktikkan hukum hudud dan sesuai dengan cogan katanya, "Light of Aceh", kota ini boleh dikatakan lebih islamik berbanding provinsi lain di Indonesia.

Bandara Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh.

Rasanya, ramai yang dah tau tentang lokasi provinsi Aceh ni. Secara geografinya, Aceh terletak di hujung Utara kepulauan Sumatera di Republik Indonesia. Banda Aceh merupakan ibu kota dan pusat pemerintahan provinsi Aceh, manakala Pulau Weh adalah pulau yang terletak berhampiran dengan Banda Aceh.

Sewaktu di Aceh, kami sempat ke Pulau Weh atau dipanggil Sabang oleh warga tempatan. Apa yang aku faham, Sabang ni sebenarnya adalah pekan/bandar terbesar di Pulau weh. Tapi kalau kau pergi sana, rata-rata orang kat sana memang panggil Sabang. Diorang tak panggil Pulau Weh pun.

Kapal Tanjung Burang yang kami naiki untuk ke Pulau Weh.

Kami tinggal selama dua malam di Sabang, dan satu malam lagi di Banda Aceh. Berdasarkan pengalaman aku sepanjang 4 hari di bumi Aceh, ini antara apa yang aku perhatikan dan aku alami kat sana...

Di Pulau Weh atau Sabang;

1. Dari Pelabuhan Ulee Lheue (sebut: ulele), boleh pilih untuk naik kapal cepat (sekitar 45 minit) atau kapal lambat (sekitar 2 jam) untuk sampai ke Pelabuhan Balohan di Pulau Weh. Aku lebih prefer kapal lambat sebab kapalnya terbuka dan lebih santai berbanding kapal cepat yang tertutup. Tapi, kalau korang kesuntukan masa, boleh la naik kapal cepat, bayar lebih sikit.

2. Kedai-kedai kat sini biasanya akan tutup sekejap waktu solat maghrib, dan ramai orang ke masjid untuk solat berjemaah. Jadi, kalau nak cari makan, cari lah sebelum atau selepas maghrib.

Pemandangan Pekan Sabang daripada Menara Merah Putih.

3. Orang luar atau pelancong yang datang ke sini memang akan sewa motor atau kereta, sebab pulau ni agak besar. Nak jalan kaki ke semua tempat jauh tau.

4. Naik motor tak pakai helmet takde masalah, takde polis tahan. Jadi, fungsi helmet tu untuk keselamatan atau untuk elak ditahan polis? Heeeeee

5. Tinggalkan je kunci motor kat motor, tak hilang katanya. Orang tak curi, sebab orang kat sini takut Tuhan. Huhu. Tapi aku tetap tak berani nak tinggal sebab motor sewa. Kalau hilang, menyusahkan aku pulak nanti. Aku siap kunci handle lagi.

6. Kebanyakkan kedai tutup jam 10 malam. Jadi, tiada late night activities ye. Ada sesetengah tempat (contohnya, Casanemo Resort) yang boleh nongkrong sampai jam 11. Tapi aku tak jumpa pulak tempat yang buka sampai 2-3 pagi.

7. Recommended untuk menginap di Freddies, Pantai Sumur Tiga yang tak jauh dari pekan Sabang. Waktu malam boleh la ke Sabang Fair untuk kuliner, meriah jugak, banyak kedai makan. Kalau menginap di Iboih, aku tak pasti macam mana suasana malamnya.

Pemandangan laut daripada cafe di Freddies.
Sunrise view daripada bungalow penginapan kami di Freddies.

8. Perjalanan dari Sabang ke Iboih memakan masa antara 30-40 minit. Jalan kat Pulau Weh ni kebanyakkannya sangat kecik, berbukit-bukau, berselekoh dan sunyi sepi. Kalau memandu sendiri, pastikan kawan yang memandu tu memang seorang yang cekap, macam aku.






Gambar-gambar di Gua Sarang, Iboih.

9. Hari kedua, kami ke Gua Sarang yang terletak di Iboih. Di sana, kami terjumpa dengan lima orang anak muda tempatan. Salah seorang dari diorang tegur kami. Memandangkan destinasi seterusnya sama, kami pun bergerak sekali dengan diorang. Lepastu kami bertujuh berkongsi boat untuk snorkeling di Pulau Rubiah. Pulau Rubiah ni memang spot untuk snorkeling di Sabang ye.

Snorkeling spot di Pulau Rubiah.
Menunggu bot di Pulau Rubiah.
Selesai snorkeling bersama teman-teman baru.

10. Antara tempat lain yang selalu dikunjungi di sana termasuklah Titik Nol Kilometer dan Tugu I Love Sabang. Kami ada juga ke Benteng Jepang Ujong Kareung dan Pantai Anoi Itam tapi gambar hilang sebab kawan aku terformat semua gambar dari camera. Sekian, kisah sedih ringkas pasal camera. Sobs.

Pantai Anoi Itam.


Bergambar di Tugu I Love Sabang sebelum pulang ke Banda Aceh.


Di Banda Aceh;

1. Masjid Raya Baiturrahman merupakan tumpuan utama semua pelancong yang datang ke sini, termasuk aku. Masjid yang dibina berinspirasikan Taj Mahal ini adalah salah satu masjid yang tetap berdiri teguh sewaktu air tsunami sudah menenggelamkan kawasan sekelilingnya. Antara masjid lain yang menarik untuk dilawati adalah Masjid Rahmatullah di Lampuuk dan Masjid Baiturrahim di Ulee Lheue.



Gambar-gambar di luar dan dalam Masjid Raya Baiturrahman.

2. Untuk melawat masuk ke Masjid Raya Baiturrahman, kaum wanita tidak boleh berseluar, kena pakai kain. Nasib baik aku pakai palazzo loose haritu, so aku masuk je tak payah berkain. Tapi, kalau tengok dalam ramai-ramai tu, ada jugak yang berseluar ketat tapi boleh terlepas masuk ke dalam perkarangan masjid. Kalau kau datang pakai seluar, sarung jelah apa-apa kain (in our case, pakai kain batik) kat luar seluar kau tu. Setel.

3. Sewaktu masuk ke dalam terowong tsunami di Muzium Tsunami Aceh, terasa sebak, insaf dan rasa kerdil sangat diri ni. Bunyi ombak dan titisan air tu akan buat kau rasa macam kematian tu hampir sangat. Dengan kuasa Tuhan, apa-apa pun boleh berlaku, bila-bila sekalipun. Kun fayakun. Tapi, semoga lama la rasa keinsafan ni ye. Iman senipis kulit bawang je.

Kapal PLTD Apung yang dibawa ombak tsunami sejauh 5km.

4. Antara tempat lain yang boleh dilawati termasuk Kapal PLTD Apung, Pantai Lampuuk dan kapal atas rumah. Must try food di Banda Aceh adalah Mee Aceh, kopi Aceh (kopi Gayo), ayam tangkap dan kopi sanger.

Mee Aceh yang kami makan di sana.
Ayam Tangkap di warung Yah Bit.



5. Di Banda Aceh ni, lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tak boleh keluar berpacaran berdua ye. Kiranya, tak boleh dating la. Tapi, mustahil kalau takde yang buat kan, mesti ada.

6. Warkop (warung kopi) biasanya dipenuhi dengan kaum lelaki je. Kaum wanita tak elok duduk mengopi di warkop, tak manis dipandang. Patut lah waktu kami duduk mengopi di warkop, semua orang pandang je. Sangat awkward, sebab kami berdua je perempuan kat situ. Lol.

Coffee Nirapresso yang terkenal di Moorden Coffee Shop.


7. Tapi, sewaktu kami mengopi di Moorden Coffee Shop, ada ramai jugak perempuan yang mengopi di situ. Mungkin kerana cafe tu lebih hipster, jadi pengunjungnya pun lebih ramai anak-anak muda yang hip dan trendy. Ambience kedai pun lebih chill dan santai.


Bas percuma yang kami naiki di Banda Aceh. Ada banyak rute.


8. Hukuman hudud hanya dikenakan ke atas penduduk Aceh sahaja. Jadi, untuk pengunjung luar tak perlu risau la ya. Tapi, ini tak bermakna korang boleh buat sesuka hati korang. Hormat je dengan budaya, adat dan cara hidup masyarakat di sana. Aman hidup. Jangan takut sangat nak datang ke Aceh. Lagipun, kalau tak salah, buat apa nak takut, kan?


Host kami di Banda Aceh, ayah dan bunda Pocut.


9. Sejujurnya kami tak explore kesemua tempat menarik di Banda Aceh sebab kami dah letih dan cuma nak rehat-rehat di sana sebelum meneruskan perjalanan yang pastinya akan lebih adventurous di Sumatera Utara.


Sekian coretan perjalanan, pengalaman dan cerita aku dan Azie sepanjang kami berada di bumi Aceh khususnya di kedua-dua destinasi yang kami lawati. Untuk tips & tricks, budget dan itinerary, boleh comment di bawah, nanti aku reply.

Selepas 4 hari di Aceh, kami mengembara bermotor di Sumatera Utara selama 6 hari. Tunggu next post tau. Stay tuned!